Aloi

Susunan atom dalam logam
·      Logam tulen mempunyai sifat;
o  Berkilat
o  Ketumpatan tinggi
o  Konduktor elektrik dan haba yang baik
o  Mulur dan boleh ditempa
o  Boleh diregang
o  Susunan atom yang teratur
·      Logam tulen terdiri daripada jenis atom yang sama dengan saiz yang sama
·      Dalam keadaan pepejal, atom-atom tersusun secara padat dan teratur



Related image




Kemuluran logam
Logam adalah mulur kerana atom-atom mempunyai saiz yang sama. Apabila satu daya dikenakan, atom-atomnya mudah menggelongsor ke atas satu sama lain.



Image result for kegunaan aloi kimia tingkatan 4



Kebolehtempaan logam
Terdapat ruang-ruang kosong dalam susunan atom logam yang teratur. Apabila logam diketuk, atom-atom yang sama saiz mudah berubah ke kedudukan baharu. Maka, logam boleh ditempa.





Susunan atom dalam aloi
·      Aloi ialah satu campuran dua atau lebih unsur mengikut komposisi yang tetap dengan unsur utamanya iaitu logam
·      Aloi boleh mengandungi campuran logam dengan logam atau campuran logam dengan bukan logam
·      Sifat-sifat logam tulen boleh ditambahbaik dengan menukarkan logam tulen kepada aloi
·      Tujuan pengaloian
o  Menambah kekuatan dan kekerasan logam tulen
o  Mencegah kakisan logam
o  Membaiki rupa bentuk logam supaya lebih menarik dan berkilat

·      Kehadiran atom asing yang lebih besar telah mengganggu susunan logam tulen yang teratur. Oleh itu, gelongsoran antara lapisan atom menjadi semakin sukar dan menjadi semakin keras

Aloi
Komposisi
Sifat
Kegunaan
Gangsa

90% kuprum
10% stanum
Kuat dank eras
Tidak mudah mengakis
Mempunyai permukaan yang berkilat

Membuat patung atau tugu
Membuat pingat, pedang, dan barang hiasan
Loyang
70% kuprum
30% zink
Lebih keras daripada kuprum
Membuat alat muzik dan perkakas dapur

Keluli
99% ferum
1% karbon
Keras dan kuat
Membina bangunan dan jambatan
Membuat badan kereta dan landasan kereta api

Keluli Nirkarat
74% ferum
8% karbon
18% kromiun
Berkilat
Kuat
Tidak berkarat
Membuat alatan seperti pisau, garpu, dan sudu
Membuat alatan pembedahan

Duralumin
93% aluminium
3% kuprum
3% magnesium
1% mangan
Ringan
Kuat
Membuat badan kapal terbang dan kereta api laju



Piuter (timah)
96% stanum
3% kuprum
1% antimoni
Berkilau
Berkilat
Kuat
Membuat cenderamata






Want More?
Related image
EKSPERIMEN 9.1

http://onelearningsolution.blogspot.com/2015/08/aktiviti-makmal-811-ketahanan-paku.html

Comments

Popular posts from this blog

Polimer Sintetik

Kaca dan Seramik