Ammonia dan Garamnya

Terdiri dari komponen 1 Nitrogen dan 3 Hidrogen

Image result for ammonia dan garamnya




Kegunaan Ammonia

  • Pembuatan baja bernitrogen seperti ammonium fosfat,(NH4)3PO4
  • Pembuatan asid nitrik, HNO3
  • Pembuatan elektrolit sel kering
  • Pembuatan agen pencuci
  • Pembuatan bahan letupan seperti trinitrotoluena (TNT)
  • Pembuatan pencelup

         
Pembuatan Asid Nitrik
·      Terdapat banyak kegunaan ammonia. Satu daripada kegunaan ammonia ialah untuk membuat asid nitrik melalui Proses Ostwald
·      Penghasilan asid nitrik memerlukan keadaan;
o  Suhu: 850ºC
o  Tekanan: 7 atm
o  Mangkin: Platinum + Rodium

Image result for proses ostwald
Proses Ostwald

Ammonium dioksidakan kepada gas nitrogen monoksida dalam kehadiran platinum sebagai pemangkin
4NH3 + 5O2    4NO + 6H2O
Nitrogen monoksida dioksidakan lagi kepada nitrogen dioksida
2NO + O2    2NO2
Nitrogen dioksida dilarutkan dalam air untuk menghasilkan asid nitrik
2NO2 + H2O   HNO3 + HNO2



Pembuatan Ammonia
·      Ammonia, NHdihasilkan dalam industry melalui Proses Haber
·      Bahan-bahan mentah untuk penghasilan ammonia, NHialah gas hidrogen dan gas nitrogen
·      Gas nitrogen diperoleh daripada penyulingan berperingkat ke atas udara cecair
·      Gas hidrogen diperoleh daripada gas asli
·      Dalam proses penghasilan ammonia, gas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 dicampurkan mengikut nisbah isipadu 1:3 ke dalam pemampat
·      Penghasilan ammonia memerlukan keadaan;
o  Mangkin: Besi
o  Suhu: 450ºC
o  Tekanan: 200 atm

Image result for proses haber

  • Ammonia, NH3 dihasilkan dalam industri melalui Proses Haber
  • Bahan-bahan mentah untuk penghasilkan ammonia, NHialah gas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2
                                    N2 +  3H2 ⇌ 2NH3

  • Gas nitrogen diperoleh daripada penyulingan berperingkat ke atas udara cecair.
  • Gas hidrogen diperoleh daripada gas asli
  • Dalam proses penghasilan ammonia, gas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, Hdicampurkan mengikut nisbah isipadu 1:3 ke dalam pemampat
  • Campuran ini dimampatkan sehingga tekanan menjadi 200atm pada suhu 450℃ dan dialirkan melalui mangkin besi untuk meningkatkan kadar tindak balasnya.


Penyediaan baja ammonium ;-
  • Baja ammonium ialah baja bernitrogen yang dapat membekalkan unsur nitrogen untuk tumbuhan
  • Baja-baja ammonium yang dihasilkan melalui tindak balas peneutralan antara larutan ammonia, NH3 dengan larutan asid
  • Urea merupakan baja yang terbaik kerana mempunyai peratus nitrogen, %N yang banyak.
Tindak balas peneutralan
Baja Ammonium
Larutan ammonium + asid fosforik
Nama; Amonium Fosfat
Formula; (NH4)3PO4
Persamaan; 3NH+ H3PO4 ⟶  (NH4)3 PO4
 28.3%N
Larutan ammonium + asid nitrik
Nama; Ammonium Nitrat
Formula; NH4NO3
Persamaan; NH+ HNO3  ⟶  NHNO3
 10.4%N
Larutan ammonium + asid sulfurik
Nama; Ammonium Sulfat
Formula; (NH4)2 SO4
Persamaan; 3NH+ H3PO4  ⟶   (NH4)3 PO4
 21.2%N
Larutan ammonium + karbon dioksida
Nama; Urea
Formula; CO(NH2)2
Persamaan; NH3 + CO2  ⟶  CO(NH2)2 + H2O
 46%N

Comments

Popular posts from this blog

Polimer Sintetik

Aloi

Kaca dan Seramik