Asid Sulfurik

Kegunaan Asid Sulfurik

Asid sulfurik, H2SO4  merupakan satu asid dwibes yang tidak mudah meruap. Ia juga merupakan salah satu bahan kimia yang paling penting dalam industri kimia


Related image




Pembuatan Asid Sulfurik
  • Asid sulfurik, H2SO4 dihasilkan dalam industri melalui proses sentuh
  •  Bahan-bahan mentah untuk penghasilan asid sulfurik H2SOialah sulfur, oksigen dan air

Image result for proses sentuh asid sulfurik



PERINGKAT
PENERANGAN
1
Pembentukan sulfur dioksida
Sulfur lebur dibakar di dalam udara kering untuk menghasilkan sulfur dioksida, SO2

S+O ⟶ SO2
2
Pembentukan sulfur trioksida
Sulfur dioksida, SOdan gas oksigen, Oyang berlebihan disalurkan melalui mangkin Vanadium (V) Oksida pada suhu 450ºC - 500ºC dan tekanan 1 atm untuk menghasilkan   sulfur trioksida, SO3

2SO2 + O2  ⇌ SO2
3
Pembentukan oleum
Sulfur trioksida, SO3 dilarutkan dalam asid sulfurik, H2SOpekat untuk membentuk oleum, H2S2O7

SO+ H2SO4  ⟶ H2S2O7
4
Pencairan oleum
Oleum, H2S2Odicairkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SOpekat dalam kuantiti yang banyak.

H2S2O7 + H2O  ⟶ 2H2SO4



Asid Sulfurik dan Alam Sekitar
      Mencemarkan alam sekitar
  • Punca utama kehadiran sulfur trioksida, SO2 di udara adalah melalui pembakaran bahan api fosil seperti petrol dan hasil sampingan daripada Proses Sentuh
  • Sulfur dioksida, SO2 larut dalam air hujan untuk membentuk asid sulfurus, H2SO3 yang menyebabkan hujan asid
       SO3 + H2O  ⟶  H2SO4
  • Sulfur trioksida, SO3 juga terbentuk apabila sulphur dioksida, SObertindak balas dengan gas oksigen, O2 dalam udara.

       2SO2 + O2  ⟶  2SO3
  • Apabila sulfur trioksida, SO3 larut dalam air hujan asid sulfurik, H2SOyang terbentuk akan menyebabkan hujan asid.

       SO3  + H2O2  ⟶  H2SO4



Kesan kepada alam sekitar
  • Hujan asid mengakis bangunan, tugu dan arca yang dibuat daripada marmar
  • Hujan asid mengakis struktur bangunan dan jambatan yang diperbuat daripada logam
  • Hujan asid meningkatkan keasidan tasik dan sungai yang menyebabkan kematian hidupan akuatik
  • Hujan asid meningkatkan keasidan tanah. Tanah yang berasid tidak sesuai untuk pertumbuhan tanaman




    Cara mengatasi pencemaran alam sekitar
    1. Menghadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan secara tidak langsung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida.
    2. Memperkenalkan pemasangan 'scrubbers' di cerobong asap di kilang-kilang untuk menapis gas sulfur dioksida.
    3. Penggunaan sistem denitrifikasi dan dinyahsulfur, contohnya arang batu direnyukkan dan dicampurkan dengan batu kapur, dengan ini, kandungan sulfur dalam arang batu akan bertingdak balas dengan kalsium karbonat dan menghasilkan kalsium sulfat dan gypsum sebagai hasil sampingan.
    4. Mempertingkatkan lagi teknologi 'flash smelting' yang sering digunakan oleh pelebur kuprum, pembebasan sulfur dioksida global dapat dikurangkan 5-10 ton setahun.

    Comments

    Popular posts from this blog

    Polimer Sintetik

    Aloi

    Kaca dan Seramik