Susunan atom dalam logam · Logam tulen mempunyai sifat; o Berkilat o Ketumpatan tinggi o Konduktor elektrik dan haba yang baik o Mulur dan boleh ditempa o Boleh diregang o Susunan atom yang teratur · Logam tulen terdiri daripada jenis atom yang sama dengan saiz yang sama · Dalam keadaan pepejal, atom-atom tersusun secara padat dan teratur Kemuluran logam Logam adalah mulur kerana atom-atom mempunyai saiz yang sama. Apabila satu daya dikenakan, atom-atomnya mudah menggelongsor ke atas satu sama lain. Kebolehtempaan logam Terdapat ruang-ruang kosong dalam susunan atom logam yang teratur. Apabila logam diketuk, atom-atom yang sama saiz mudah berubah ke kedudukan baharu. Maka, logam boleh ditempa. Susunan atom dalam aloi · Aloi ialah satu campuran dua atau lebih unsur mengikut komposisi yang tetap dengan unsur utamanya iaitu logam · Aloi boleh mengandungi campuran logam dengan logam
Comments
Post a Comment